Kelas Asas ICT MS Word

27 September 2020 | Aktiviti Terkini

Seramai dua (2) orang pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada ahli Pusat Internet Sibujaya telah menyertai Kelas Asas ICT MS Word yang diadakan pada 26 September 2020 yang lepas.

Kelas ini diadakan di atas permintaan pelajar-pelajar tersebut kerana mereka kurang mahir menggunakan perisian MS Word dan mereka perlu menyiapkan kerja sekolah mereka dengan menggunakan perisian tersebut dan juga dengan menggunakan enjin carian internet seperti Google.

Mereka dibimbing untuk menggunakan perisian MS Word dengan baik dan juga diajar cara-cara mencari maklumat dan memuat turun gambar dengan menggunakan enjin carian. Walaupun masih menghadapai sedikit kesukaran, tetapi tenaga pengajar tetap membimbing mereka sehingga mereka berjaya menyiapkan tugasan mereka dengan baik.

Perkongsian KDB dan Advokasi turut dilakukan bagi memastikan mereka menyedari pentingnya menjaga keselamatan diri semasa melayari internet dan tahu akan penggunaan internet yang positif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali